Friday 1 April 2016

Public Mutual - Rakan Pelaburan Anda

Entri 16
Teks: Ekstrak laman web Public Mutual

Public Mutual adalah sebuah anak syarikat milik penuh Public Bank yang merupakan syarikat unit amanah swasta dan penyedia Skim Persaraan Swasta (PRS) terbesar di Malaysia. Public Mutual menguruskan lebih daripada seratus dana unit amanah bagi lebih tiga juta pemegang akaun dan juga menguruskan sembilan dana PRS.
 
Pemimpin Industri
Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta No 1* di Malaysia. Ia memegang penguasaan pasaran sebanyak 49.6%** untuk unit amanah dan 42.7%** untuk PRS. Jumlah nilai aset bersih adalah RM65.8 billion** setakat hujung Februari 2016.
 
* Dari segi jumlah saiz dana yang diuruskan di antara syarikat-syarikat unit amanah swasta. Sumber: The Edge-Lipper, 21 March 2016.
 
** Sumber: The Edge-Lipper, 21 March 2016
 
Jenama yang kukuh
Public Mutual merupakan pemenang bagi Anugerah Platinum Reader's Digest Trusted Brand untuk enam tahun berturut-turut dan juga Anugerah The Brandlaureate untuk sembilan tahun berturut-turut membuktikan kepercayaan dan keyakinan pelabur-pelabur terhadap Public Mutual.
 
Pengalaman yang luas
Public Mutual mempunyai lebih daripada 30 tahun pengalaman dalam pengurusan dana.
 

No comments:

Post a Comment