Wednesday 31 August 2016

Mereka Yang Tidak Perlu Mendapatkan Pinjaman Perniagaan

Entri 47
Teks : Mohd Azhar Awang

Perkongsian hari ini berkenaan mereka  yang secara dasarnya tidak memerlukan pinjaman perniagaan.
 
Setiap kali menilai pinjaman perniagaan, pihak bank akan mengira keperluan modal (working capital requirement) syarikat tersebut. Jika selepas pengiraan, pihak bank mendapati bahawa syarikat tersebut tiada keperluan untuk penambahan modal, maka permohonan pinjaman tersebut mungkin tidak diluluskan walaupun syarikat tersebut menawarkan cagaran yang nilainya jauh melebihi permohonan pinjaman. Pinjaman tersebut mungkin tidak diluluskan untuk mengelakkan penyalahgunaan pinjaman perniagaan berdasarkan contoh-contoh yang pernah saya beritahu dalam perkongsian sebelum ini.
 
Syarikat tertentu mungkin boleh bergantung kepada kredit pembekal (suppliers' credit) misalnya dan tidak semestinya mendapatkan pinjaman bank untuk mencukupkan keperluan modal. Syarikat tertentu juga boleh memendekkan tempoh kredit kepada pembeli-pembelinya iaitu dengan pembeli-pembelinya tidak berhutang terlalu lama dengan mereka. Aliran tunai syarikat sebegini pada amnya adalah aliran tunai yang sihat. Bila kurang pergantungan kepada pinjaman bank, maka syarikat tersebut dapat menjimatkan kos kewangannya.
 
Lagi satu, sudah tentu syarikat yang mempunyai aset tunai yang kuat tidak perlu bergantung kepada pinjaman bank untuk keperluan modalnya.

No comments:

Post a Comment