Thursday 14 April 2016

Tiga sebab mengapa anda perlu memulakan simpanan unit amanah anda sekarang!


Entri 22
Teks : Mohd Azhar Awang

Ramai orang tidak melihat kepentingan menyimpan di unit amanah untuk tabungan persaraan mereka dan merasakan menyimpan di pasaran saham (unit amanah terutama tabung ekuiti banyak bergantung kepada pasaran saham) adalah 'berbahaya' pada masa sekarang ketika pasaran agak sedikit merudum.
 
Saya senaraikan tiga sebab mengapa anda perlu memulakan simpanan unit amanah anda sekarang!.
 
1)  Kita sebenarnya tidak boleh menjangka samada pasaran akan melonjak naik semula atau terus merudum. Malah tiada sesiapapun boleh mengagak  akan perkara ini. Akan tetapi sekarang adalah masa yang baik untuk menyimpan di unit amanah kerana harga seunit untuk unit amanah adalah agak murah sekarang.  Pada ketika saya menulis nota ini, indeks BSKL adalah 1,723.78 mata sedangkan mengambil kira lingkungan tempoh setahun yang lepas, indeks tertinggi BSKL adalah 1,867.53 mata. Malah sebelum itu, BSKL pernah mencecah paras tertiinggi hampir 1,900 mata. Jadi pada dasarnya, indeks BSKL telah terkurang hampir 200 mata berbanding indeks tertinggi yang ia pernah capai. Dan mengikut kitaran ekonomi, pasaran akan melonjak kembali daripada kejatuhannya sekarang dan mengikut sejarah yang telah lepas pula, lonjakan biasanya lebih besar berbanding lonjakan-lonjakan terdahulu.


2) Semakin lewat anda memulakan tabung persaraan anda, maka semakin sedikit masa yang anda ada untuk memanafaatkan kuasa pulangan berganda. Jika anda melihat kembali penulisan saya bertarikh 5 April 2016, anda akan dapat melihat senario Alan dan Peter yang mana pada ketika kedua-dua mereka berumur 55 tahun, Alan akhirnya mempunyai jumlah simpanan sebanyak RM1,320,149 manakala jumlah simpanan Peter hanya RM557,645 walaupun kedua-dua mereka membuat simpanan dengan jumlah yang sama iaitu RM10,000 setiap tahun tanpa gagal selama 20 tahun. Perbezaan simpanan antara mereka kemudiannya adalah sebanyak RM762,504!!!

Kenapakah ianya berlaku sedemikian? Jawapannya adalah akibat kuasa pulangan berganda yang mana Alan mendapat tempoh kuasa pulangan berganda selama 30 tahun kerana bermula seawall umur 26 tahun sehingga umur 55 tahun manakala Peter hanya mendapat tempoh kuasa pulangan berganda selama 20 tahun kerana hanya bermula pada umur 36 tahun. 

Nama
Alan 
Peter
Umur bermula pelaburan
26
36
Tempoh pelaburan (tahun)
20
20
Tempoh pulangan berganda (tahun)
30
20
Pelaburan tahunan (RM)
10,000
10,000
Jumlah yang dilabur (RM)
200,000
200,000
   
Jumlah pelaburan* pada umur 55 tahun (RM)
1,320,149
557,645

* Andaikan kadar pulangan unit amanah adalah tetap pada 9% setahun. ini hanyalah ilustrasi sahaja dan tidak menunjukkan prestasi masa dahulu atau hadapan mana-mana dana unit amanah.


3) Jika diberi pilihan untuk memilih samada kereta Kancil dan kereta Mercedes, kereta yang manakah yang menjadi pilihan anda? Sudah tentu kereta Mercedes kan?

Begitulah juga simpanan anda di unit amanah yang mana jika di Public Mutual, anda bukan sahaja berpeluang mendapat pulangan dalam bentuk dividen dan juga peningkatan modal  yang mana sesetengah tempat hanya menawarkan dividen malah anda juga berpeluang untuk mendapat insurans Term Life dan Personal Accident percuma. Jangan abaikan kepentingan insurans walaupun percuma kerana ianya akan menjadi amat bernilai apabila kita memerlukannya.
 
Dengan simpanan yang semakin bertambah, anda juga berpeluang untuk membuat wasiat percuma, membuat Trust Nomination percuma, percuma pemindahan antara dana-dana, percuma tambahan insurans Personal Accident, kadar istimewa terhadap pembelian berbagai produk insurans yang lain, percuma seminar,  percuma majalah dan banyak lagi. Keistimewaan-keistimewaan teresebut tidak akan anda dapati dengan menyimpan di tempat-tempat biasa. Kesimpulannya, anda akan berasa bertuah menjadi seorang pelanggan Public Mutual.
 

No comments:

Post a Comment