Teks
: Ekstrak dari laman web KWSP
TUJUAN
- Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan sebahagian simpanan Akaun 1 untuk membuat pelaburan bagi menambah dan meningkatkan simpanan persaraan untuk menyara kehidupan semasa persaraan.
 - Ahli boleh melaburkan simpanan
     tidak melebihi 20% daripada jumlah yang melebihi Simpanan Asas dalam
     Akaun 1 melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang diluluskan oleh
     Kementerian Kewangan. 
 
SIMPANAN ASAS
Simpanan Asas adalah satu jumlah simpanan dalam Akaun 1 yang ditetapkan mengikut umur bagi membolehkan ahli memperoleh simpanan minimum sekurang-kurangnya RM196,800.00 ketika berumur 55 tahun dan simpanan ini tidak boleh dikeluarkan sebelum ahli mencapai umur 55 tahun. Kadar Simpanan Asas ini ditanda aras dengan pencen minimum pekerja sektor awam bersamaan RM820 sebulan untuk tempoh 20 tahun dari umur 55 hingga 75 tahun.
Jadual Simpanan Asas adalah seperti berikut:-Simpanan Asas adalah satu jumlah simpanan dalam Akaun 1 yang ditetapkan mengikut umur bagi membolehkan ahli memperoleh simpanan minimum sekurang-kurangnya RM196,800.00 ketika berumur 55 tahun dan simpanan ini tidak boleh dikeluarkan sebelum ahli mencapai umur 55 tahun. Kadar Simpanan Asas ini ditanda aras dengan pencen minimum pekerja sektor awam bersamaan RM820 sebulan untuk tempoh 20 tahun dari umur 55 hingga 75 tahun.
UMUR
  (TAHUN) 
 | 
SIMPANAN
  ASAS (RM) 
 | 
UMUR
  (TAHUN)  
 | 
SIMPANAN
  ASAS (RM) 
 | 
18 
 | 
1,000 
 | 
37 
 | 
54,000 
 | 
19 
 | 
2,000 
 | 
38 
 | 
59,000 
 | 
20 
 | 
4,000 
 | 
39 
 | 
64,000 
 | 
21 
 | 
5,000 
 | 
40 
 | 
69,000 
 | 
22 
 | 
7,000 
 | 
41 
 | 
76,000 
 | 
23 
 | 
9,000 
 | 
42 
 | 
81,000 
 | 
24 
 | 
11,000 
 | 
43 
 | 
88,000 
 | 
25 
 | 
13,000 
 | 
44 
 | 
95,000 
 | 
26 
 | 
15,000 
 | 
45 
 | 
102,000 
 | 
27 
 | 
18,000 
 | 
46 
 | 
109,000 
 | 
28 
 | 
21,000 
 | 
47 
 | 
117,000 
 | 
29 
 | 
24,000 
 | 
48 
 | 
125,000 
 | 
30 
 | 
27,000 
 | 
49 
 | 
134,000 
 | 
31 
 | 
30,000 
 | 
50 
 | 
143,000 
 | 
32 
 | 
34,000 
 | 
51 
 | 
153,000 
 | 
33 
 | 
37,000 
 | 
52 
 | 
163,000 
 | 
34 
 | 
41,000 
 | 
53 
 | 
174,000 
 | 
35 
 | 
46,000 
 | 
54 
 | 
185,000 
 | 
36 
 | 
50,000 
 | 
55 
 | 
196,800 
 | 
KELAYAKAN MEMOHON
(i) Warganegara Malaysia; ATAU 
(ii) Warganegara Malaysia yang telah membuat
pengeluaran di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara sebelum 1 Ogos 1995 dan
kemudian memilih untuk mencarum semula dengan KWSP; ATAU 
(iii) Bukan warganegara Malaysia yang ; 
- Menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998; ATAU
 - Mendapat taraf Penduduk Tetap (PR)
 
Ahli belum mencapai umur 55 tahun pada tarikh
permohonan diterima oleh KWSP; DAN 
Ahli mempunyai simpanan Akaun 1 yang melebihi jumlah simpanan
asas sekurang kurangnya sebanyak RM5,000.00 
SYARAT-SYARAT PENGELUARAN
IPD Yang Dibenarkan
- Semua pelaburan yang dibuat hendaklah melalui IPD yang diluluskan
     oleh Kementerian Kewangan. Untuk mendapatkan senarai terkini IPD yang diluluskan,
     sila rujuk Senarai Institusi Pengurusan Dana terkini yang boleh diperolehi
     di mana-mana cawangan KWSP yang berhampiran atau dengan melayari laman web
     KWSP di www.kwsp.gov.my. 
 
Kekerapan Pelaburan 
- Pelaburan boleh dibuat setiap tiga bulan selepas tarikh pelaburan
     sebelumnya, tertakluk kepada baki yang ditetapkan di dalam Akaun 1. 
 - Pelaburan seterusnya boleh dibuat dengan IPD yang sama atau IPD
     lain yang diluluskan. Pelaburan dibenarkan dengan satu IPD pada satu masa.
     
 
Pelaburan
Secara Terus 
- Pelaburan secara terus adalah tidak dibenarkan. Semua pelaburan
     hendaklah dibuat melalui IPD yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan. 
 
 Penambahan Pelaburan Menggunakan Wang Sendiri
- Ahli tidak dibenarkan membuat pelaburan tambahan menggunakan wang
     sendiri. 
 
Tanggungan Risiko Pelaburan 
- Ahli bertangggungjawab sepenuhnya ke atas pelaburan ini. Ini
     bermakna jika berlaku kerugian, KWSP tidak akan bertanggungjawab. 
 
 Pengembalian Wang Pelaburan Kepada KWSP 
- Ahli hendaklah mengembalikan semua amaun yang dilaburkan (termasuk
     keuntungan) kepada KWSP sebaik sahaja amaun pelaburan tersebut dijual.
     Amaun yang dikembalikan akan dikreditkan semula ke Akaun 1. 
 - Ahli tidak boleh mengeluarkan apa-apa amaun (‘no leakages’) daripada
     jumlah yang dilaburkan di IPD. 
 
Dividen Tahunan KWSP Atas Amaun Yang Dilaburkan 
- Ahli tidak akan memperoleh sebarang dividen yang diisytiharkan oleh
     KWSP ke atas amaun yang dilaburkan kerana simpanan ini tidak dilaburkan
     oleh KWSP. 
 
Jika IPD Yang Terpilih Terkeluar Daripada Senarai IPD 
- Pelaburan ahli dengan IPD ini perlu dijual dan dikembalikan kepada
     KWSP oleh IPD tersebut. 
 
Bayaran Perkhidmatan 
- Tiada bayaran perkhidmatan dikenakan oleh KWSP. 
 
Pelepasan Kawalan Ke Atas Pelaburan 
- KWSP akan melepaskan kawalan ke atas pelaburan ahli di IPD apabila
     ahli mencapai umur 55 tahun atau mengeluarkan semua simpanan ahli di bawah
     Pengeluaran Meninggalkan Negara, Pengeluaran Hilang Upaya, Pengeluaran
     Pekerja Berpencen dan Pengeluaran Kematian. 
 - Tuntutan atau urusan penjualan semula ke atas amaun yang dilaburkan
     adalah di antara ahli / waris dengan pihak IPD. 
 
 Penamaan 
- Amaun yang dipindahkan kepada IPD tidak tertakluk kepada penamaan
     yang dibuat oleh ahli. Bagi ahli yang meninggal dunia, amaun yang
     dilaburkan akan dilepaskan kawalannya oleh KWSP. Bayaran kepada waris ahli
     akan dibuat oleh IPD mengikut undang-undang yang berkenaan. 
 
AMAUN YANG LAYAK DIKELUARKAN
Ahli boleh mengeluarkan simpanan sepertimana berikut
:- -  20% daripada jumlah simpanan
     yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1· 
 -  Jumlah miminum pengeluaran
     pelaburan adalah RM1,000.00· 
 -  Jumlah maksimum tidak melebihi 20% daripada
     jumlah simpanan yang melebihi Simpanan Asas 
 -  Formula : (Akaun 1 –
     Simpanan Asas) x 20%· 
 
Untuk maklumat lanjut mengenai Skim Pengeluaran
Pelaburan Ahli, tuan/puan boleh melayari laman web kwsp di http://www.kwsp.gov.my/portal/ms/web/kwsp/member/members-savings-investment-withdrawal
No comments:
Post a Comment