Showing posts with label Catatan pengalaman. Show all posts
Showing posts with label Catatan pengalaman. Show all posts

Sunday, 5 June 2016

DDI ibarat memelihara anak yang berjasa...

Entri 41
Teks: Mohd Azhar Awang

Saya teringat satu perkongsian oleh seorang Group Agency Manager terkemuka dibawah Public Mutual yang mengibaratkan simpanan secara tetap setiap bulan (DDI - Direct Debit Instruction) ibarat kita memelihara seorang anak yang pastinya akan berjasa kepada kita. Beliau membuat perumpamaan memelihara seorang anak kerana pada mulanya kita terpaksa menyalurkan duit setiap bulan kepada anak tersebut sehingga akhirnya anak tersebut besar dan akan terus berjasa kepada kita setiap masa.
 
Manakan tidak, sekiranya kita membuat simpanan secara tetap setiap bulan, kita akan mendapat manafaat seperti berikut:-
 
1) Setiap tahun kita akan mendapat pengagihan dividen (walaupun pengisytiharan dividen adalah 'incidental' bagi dana-dana tertentu akan tetapi secara dasarnya kita dapat lihat hampir setiap tahun terdapat pengagihan dividen oleh Public Mutual). Pada tarikh tertentu anak kita tersebut akan mengagihkan dividen kepada kita tanpa kita minta. Ianya ibarat seorang anak yang sayang kepada kita orang tua mereka dan sentiasa berjasa memberi sumbangan kepada kita.
 
Berbanding dengan anak kita sendiri, kita akan berasa besyukur jika kita mendapat anak yang menghargai jasa kita dan sentiasa mengingati kita. Akan tetapi, sudah banyak kisah yang kita dengar akan anak-anak yang langsung tidak mengambil berat akan orang tua mereka.
 
2) Kita juga tidak perlu rungsing akan anak tersebut akan kedekut atau tidak mampu untuk memberi wang kepada kita apabila kita amat memerlukannya kerana tiada siapa yang boleh menyekat kita daripada mencairkan simpanan kita sendiri apabila kita memerlukannya.  
 
Berbanding dengan anak kita sendiri, walaupun mereka mungkin seorang anak yang baik akan tetapi kita perlu bersedia untuk menerima hakikat yang mereka mungkin tidak mampu untuk menolong kita akibat kekangan hidup yang melanda mereka sendiri dan sebagainya.
 
3) Anak yang kita pelihara melalui Public Mutual itu juga membolehkan kita menikmati berbagai keistimewaan tambahan yang ditawarkan secara otomatik dan percuma apabila mencapai tahap-tahap simpanan tertentu.
 
Berbanding dengan anak kita sendiri, kita mungkin tidak mahu menyusahkan mereka untuk mendapat keistimewaan-keistimewaan yang mana boleh kita ikhtiarkan sendiri hanya dengan mempunyai simpanan wang kita sendiri. Jadi mulakanlah sekarang memelihara anak yang bukan sahaja tidak perlu diberi makan minum, tempat tinggal malah akan berjasa kepada kita nanti, In Sha Allah.
 

Saturday, 30 April 2016

Tanya si anak, "Mak dan ayah dah sediakan belum pelan pendidikan saya...?"

Entri 34
Teks : Mohd Azhar Awang

Matlamat Pelaburan : Pendidikan anak
Tempoh Masa            : Sehingga 18 tahun

Saya teringat zaman saya masuk universiti dulu, saya mendapat pinjaman dari Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk menampung perbelanjaan pendidikan saya. Kemudiannya, kerajaan memperkenalkan pinjaman dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk membiayai kos pendidikan rakyat Malaysia. Setahu saya pinjaman dari PTPTN masih diperkenalkan sehingga sekarang walaupun PTPTN menghadapi sedikit masalah peminjam-peminjam yang gagal membayar balik pinjaman mereka menyebabkan tabung PTPTN untuk memberi pinjaman seterusnya kepada pelajar lain semakin berkurang.
 
Saya dikira bernasib baik kerana saya berjaya masuk ke universiti awam dan kerajaan mampu untuk menyediakan dana untuk membiayai pendidikan anak-anak Malaysia pada ketika tersebut. Namun, suatu yang kita perlu ingat, suatu yang tersedia pada masa yang lepas tidak semestinya akan tersedia pada masa akan datang. Kita perlu bersedia dengan segala kemungkinan sebagai contoh tempat yang terhad di universiti awam yang mana kita mungkin perlu menghantar anak kita ke universiti swasta untuk menyambung pengajian mereka. Anak-anak bila membesar akan memerlukan dana untuk membiayai pendidikan mereka dan sebaiknya kita sendiri yang menyediakan dana tersebut supaya kita lebih bersedia atas segala kemungkinan yang mungkin berlaku. Kita perlu bersedia seandainya nanti anak-anak kita bertanyakan soalan berikut, "Mak dan ayah dah sediakan belum pelan pendidikan saya...?"

Banyak faktor yang perlu di ambilkira dalam menyediakan pelan pendidikan untuk anak ini, yang mana faktor-faktornya saya senaraikan seperti berikut:-

1) Faktor Pilihan Tempat Belajar

Pilihan tempat belajar memainkan peranan yang penting dalam menyediakan tabung pendidikan untuk anak-anak kita. Sudah tentu dana yang diperlukan adalah jauh lebih murah jika kita berjaya meletakkan anak kita di universiti awam. Kos yang diperlukan akan semakin meningkat mengikut unjuran berikut:

Universiti Awam >> Universiti Separa Kerajaan >> Universiti Swasta Dalam Negara >> Universiti Luar Negara Dengan Kampus Tempatan >>Universiti Luar Negara Sepenuhnya.
 
2)  Faktor Inflasi

Kita tidak sepatutnya berada dalam keadaan pada ketika kita mahu menggunakan wang tersebut untuk pendidikan anak, jumlah yang diperlukan menjadi tidak cukup akibat faktor inflasi. Disinilah pentingnya kita menyimpan untuk tabung pendidikan anak kita di tempat yang betul yang mana unjuran pulangan untuk simpanan yang kita buat tersebut semestinya mengatasi kadar inflasi dengan menyimpan di unit amanah sebagai contoh. 

3) Faktor Kecairan

Walaupun objektif kita untuk tabung simpanan anak kita adalah untuk tempoh jangkamasa yang panjang, adalah penting bahawa dana tersebut mempunyai kecairan yang mana kita boleh mengakses dana tersebut apabila kita memerlukannya untuk pendidikan anak kita. Menyimpan di unit amanah memberikan kecairan tersebut berbanding dengan menyimpan dalam bentuk rumah dan sebagainya. Jika menyimpan dalam bentuk rumah, kita tidak mahu kita terperangkap dalam situasi kita tidak dapat mencari pembeli tepat pada masanya di saat kita memerlukan dana pendidikan tersebut untuk membiayai pendidikan anak kita.

4) Faktor Masa

Menyediakan pelan pendidikan untuk anak ini sebaiknya ketika anak kita baru lahir supaya kita dapat kuasa pulangan berganda dalam tempoh masa yang lebih lama. Sebagai contoh, jika kita berhasrat untuk menyediakan RM150,000 untuk tabung pendidikan anak kita apabila mereka berumur 18 tahun, kita hanya perlu menyimpan sebanyak RM321 sebulan jika kita terus mula menyimpan ketika mereka baru lahir.

Akan tetapi jika kita hanya bermula ketika anak kita berumur 8 tahun, maka kita perlu menyimpan sebanyak RM830 sebulan untuk mencapai jumlah RM150,000 ketika mereka berumur 18 tahun nanti. Jika kita bermula pada ketika anak berumur 8 tahun, bukan hanya kita perlu menyimpan dengan jumlah bulanan yang jauh lebih besar lebih dari dua kali ganda, kita juga perlu menyimpan dengan jumlah yang lebih besar iaitu hampir seratus ribu ringgit berbanding dengan hanya hampir tujuh puluh ribu ringgit jika kita bermula sebaik anak baru lahir.

Umur anak semasa bermula pelaburan (tahun)
0
8
Tempoh pulangan berganda (tahun)
18
10
Pelaburan bulanan (RM)
321
830
Jumlah yang dilabur (RM)
69,336
99,600
 
 
 
Jumlah pelaburan* pada ketika anak berumur 18 tahun (RM)
150,436
150,465


* Andaikan kadar pulangan unit amanah adalah tetap pada 8% setahun. ini hanyalah ilustrasi sahaja dan tidak menunjukkan prestasi masa dahulu atau hadapan mana-mana dana unit amanah.


Saturday, 23 April 2016

Dari gagal kearah kejayaan luar biasa

Entri 29
Teks : Mohd Azhar Awang
Foto : Mohd Azhar Awang



Di dalam program En Pro (Enhanced Productivity) yang dianjurkan oleh Public Mutual, kami semua setiap peserta diberi sebuah buku setiap seorang yang bertajuk 'How I raised myself from failure to success in selling' karangan Frank Bettger.  Setiap orang daripada kami perlu membaca buku ini dan pada setiap minggu salah seorang daripada kumpulan kami akan membentangkan satu bab mengenai buku ini secara intipatinya tetapi dengan penerangan yang kemas dan padat.
 
Buku ini merupakan sebuah buku yang terkenal dan menjadi rujukan dan panduan ramai 'salesperson' dalam meningkatkan jualan mereka. Saya sendiri berasa amat teruja setelah membaca buku ini dan telah mempraktikkannya dalam meningkatkan karier saya sebagai seorang perunding unit amanah.

Buku ini berkisar tentang Frank Bettger yang hidup pada awal abad ke-19. Bettger telah berjaya melonjakkan dirinya daripada seorang ejen insurans yang pada awalnya telah meletakkan jawatan akibat kegagalannya kepada seseorang yang amat berjaya dalam bidangnya.

Dalam bahagian pertama buku ini, terdapat empat sikap permulaan ke arah kejayaan yang digariskan oleh Betgger untuk menjadi seorang yang lebih berjaya dalam karier sebagai seorang 'sales person' aitu:-

i.   Semangat (Enthusiasm)

Sebelum menjadi ejen insurans, Bettger merupakan seorang pemain besbol professional iaitu bermain besbol sebagai sumber pendapatannya. Daripada seorang yang kurang bersemangat dalam permainannya sebagai seorang pemain besbol sehingga dipecat oleh pengurus pasukannya, Bettger telah berjaya meningkatkan pendapatannya sebanyak 30x berbanding sebelumnya iaitu dari $25 sebulan kepada $750 sebulan!!!. Ianya hanya dengan Bettger menunjukkan permainan yang jauh lebih bersemangat sehingga semangat yang dimilkinya telah berjaya mempengaruhi rakan-rakannya untuk juga bersemangat  dan seterusnya pasukan mereka berjaya mencapai kejayaan dengan rekod yang jauh lebih baik berbanding sebelum ini.

Apabila Bettger lebih bersemangat dalam kerjayanyanya sebagai ejen insurans, dia berjaya mendapatkan jualan berbanding sikap sebelumnya yang kurang bersemangat.

Menurut Bettger, semangat yang tinggi boleh menolong kita:-

+ Mengatasi ketakutan
+ Lebih berjaya dalam perniagaan
+ Lebih banyak menjana pendapatan
+ Menikmati hidup yang lebih sihat, kaya dan gembira.

Untuk seseorang yang baru sebagai seorang sales person, mereka mungkin masih belum ada kemahiran-kemahiran yang diperlukan, tetapi mempunyai semangat yang tinggi adalah sesuatu yang boleh dilakukan. Anda hanya perlu beritahu diri anda, "Yang ini aku boleh buat".

ii.  Berjumpa lebih ramai orang (Seeing more people).

Selepas tercedera sebagai seoarng pemain sukan, Bettger menceburkan diri sebagai seorang ejen insurans. Walau bagaimana pun dia boleh dikatakan tidak berjaya dalam kerjayanya dan hampir berhenti sebagai seorang ejen insurans sehingalah dia mendengar pengurus tempat dia berkerja menuturkan kata-kata berikut:-

Gentleman, after all, this business of selling narrows down to one thing – just one thing…seing the people! Show me any man of ordinary ability who will go out and earnestly tell his story to four or five people every day, and I will show you a man who just can’t help making good!"

Bettger sedar bahawa dia perlu berjumpa lebih ramai orang untuk meningkatkan jualannya. Bettger kemudiannya berjumpa paling kurang empat orang sehari dan berjaya meningkatkan jualannya yang mana jualannya dalam tempoh 10 minggu selepas dia berjumpa lebih ramai orang mengatasi jualannya dalam tempoh 10 bulan sebelumnya.

iii. Menjadi seorang yang boleh berucap di depan orang ramai (Be a public speaker)

Salah satu sebab pendapatan Bettger terlalu kecil pada tahun pertama dia menjadi ejen insurans adalah kerana ketidakupayaannya untuk bercakap dengan yakin kepada seseorang, apatah lagi bercakap dengan ramai orang. Untuk menjadi lebih berkeyakinan dan mengatasi ketakutan, Bettger telah mendaftar diri dalam kursus 'Public Speaking'.

Menurut Bettger, kursus Public Speaking boleh menolong meluaskan visi kita, merangsang semangat kita, melahirkan idea-idea dengan lebih berkeyakinan dan menghapuskan musuh yang paling besar yang terpaksa kita hadapi iaitu ketakutan.

iv. Pengurusan kerja yang baik (Be organized)

Menurut Bettger, apabila kita merancang pengurusan kerja kita, banyak perkara boleh diselesaikan dan amat sedikit perkara yang boleh dilakukan tanpa perancangan. Selepas Bettger meletakkan hari Sabtu sebagai hari untuk dia merancang perancangan kerjanya (“self-organization day”), berikut adalah kata-kata Bettger secara verbatim:

“Each Monday morning, when I started out to work, instead of having to drive myself to make calls, I walked in to see men with confidence and enthusiasm. I was eager and anxious to see them. At the end of the week, instead of feeling exhausted and discouraged, I actually felt exhilirated and on fire with the excitement that next week I could do even better”.

Sesetengah orang mungkin menyatakan bahawa hidup berjadual (life on a schedule) bukan sesuai dengan mereka yang mana mereka akan terasa terkongkong dan menjadi tidak gembira dengan kehidupan mereka, akan tetapi pada hakikatnya hidup berjadual akan menjadikan mereka lebih terurus, lebih gembira dengan kehidupan mereka dan berjaya mencapai matlamat perancangan mereka.


Wednesday, 13 April 2016

"No CBEG, please!"

Entri 21
Teks: Mohd Azhar Awang
 
 
Dalam berbisnes, diantara banyak ilmu-ilmu lain, kami juga diajar untuk 'No CBEG'.

Apakah No CBEG?

No
C - Complain
B - Blame
E - Excuses
G - Gossip
 
Sifat-sifat CBEG boleh dikatakan merangkumi semua sikap-sikap yang menolak seseorang dari mencapai kejayaan. Sebagai contoh, seseorang yang suka melewat-lewatkan membuat sesuatu pekerjaan akan cuba memberi pelbagai alasan dan menyalahkan hampir setiap perkara atas kelewatannya itu.
 
Jika dia lewat dalam menghadiri sesuatu temujanji contohnya, dia mungkin menyalahkan keadaan lalu lintas yang sibuk dan kemudiannya menjadikannya sebagai satu alasan untuk mewajarkan ketidakhadirannya. Padahal, dia sepatutnya keluar lebih awal supaya jika berlaku sesuatu perkara yang melewatkan perjalanannya, dia masih mempunyai masa untuk sampai di tempat temujanji lebih awal dari masa yang sepatutnya.
 
Di Public Mutual, kami menjadikan 'No CBEG' sebagai satu mantra supaya setiap sesuatu berjalan sebagimana dirancang dan kami semua mencapai kejayaan dalam bisnes unit amanah ini. Jika seseorang cuba memberikan alasan atas kegagalan sesuatu perkara contohnya, terus kami memberitahu beliau, "No CBEG, please!"
 

Thursday, 7 April 2016

Alangkah ruginya kalau tidak ambil peluang...

Entri 19
Teks: Mohd Azhar Awang

Saya hendak cerita sikit perbualan saya dengan upline saya, namanya MC suatu ketika dulu. Ketika itu saya baru sahaja berdaftar sebagai seorang Perunding Unit Amanah, jadi saya banyak bertanya sikit.
 
Saya: MC...you cakap you nak tunjuk kat I proof yang customer dapat insurance claim RM100,000 tu.

MC: Ni Azhar, tapi nama I have shaded due to privacy purposes. Ni letter dari syarikat insurans yang dia honour claim RM100,000 tu dan ni salinan cek RM100,000.

Saya: Macam mana dia boleh layak dapat claim tu?

MC: Customer ni ada menyimpan total sebanyak RM71,000 dengan I yang antaranya I simpan dalam dana Public Ittikal. Berdasarkan simpanan dan keuntungan dia, customer ni layak dapat free coverage RM100,000 untuk PA iaitu Personal Accident dan free coverage RM100,000 untuk Term Life.

One day, dia kena strok yang kemudiannya doktor certify dia dah considered sebagai TPD iaitu Total and Permanent Disability. Bermakna dia layak dapat claim 100% on Term Life iaitu RM100,000. Lucky for him, sebab walau dia dah tak boleh bekerja, dia ada claim ni sebanyak RM100,000. Famili dia boleh guna duit ni to take care of him.

Walaupun dia dapat claim RM100,000 tapi dia punya savings kat sini yang dah jadi RM206,000 tidak terusik.

Saya: Owwh bagus tu. Jap I kira, sekali dengan RM100,000 bermakna semua dia dapat RM306,000. Tu dah kira untung 331% tu. Payah nak dapat macam ni.
 

MC : Yup, you are right. One thing you must know, and I am not referring to this customer, kalau death atau TPD berlaku sebab kemalangan kepada customer kita dan berdasarkan senario di atas, customer bukan sahaja dapat claim RM100,000 percuma dari Term Life coverage; juga customer akan dapat lagi RM100,000 percuma dari Personal Accident coverage.
 

Saya: Fantastic MC. Macam ni I akan pastikan I beritahu maklumat ni kepada saudara-mara dan kawan-kawan I supaya mereka tidak terlepas benefits ni. Ya lah, not only dapat good return on savings, banyak lagi benefits yang lain boleh dapat.

Setahu I, kalau customer dah jadi Mutual Gold member, dapat pula banyak kemudahan percuma lain seperti buat wasiat percuma, trust nomination percuma, extra PA insurance pulak lagi percuma on top of the above dan banyak lagilah.

MC: You are absolutely right. Rugi kalau tak ambil peluang ni dan menjadi seorang customer Public Mutual.
 

* Memandangkan perbualan ini adalah perbualan sebenar, maka penulisan saya kali ini mengandungi bahasa pasar sebagaimana perbualan tersebut.
 

Wednesday, 30 March 2016

Aset yang paling bernilai

Entri 15
Teks: Mohd Azhar Awang
 
Di keheningan malam ini aku teringat sangat akan ibu dan ayah yang telah tiada. Ayah telah lama meninggalkan kami, hampir 39 tahun yang lalu yang mana ketika aku baru belajar mengenal dunia dan masih terlalu galak sebagai seorang kanak-kanak yang baru menginjak peringkat awal persekolahan sekolah rendah. Pada hari peninggalan ayah, teringat aku yang biasanya berjalan kaki lebih dua batu pulang ke rumah tapi pada hari itu cikgu menawarkan naik motorsikalnya untuk di hantar kerumahku. Sampai di rumah aku lihat ramai orang di rumahku. Rupa-rupanya cikgu telah mengetahui akan pemergian ayahku tapi tidak sampai hati untuk memberitahu terus kepadaku. Ayah terlalu baik orangnya dan tidak pernah langsung berkasar dengan kami anak-anaknya. Pemergian ayah terlalu cepat ku rasa tanpa sempat aku terus bermanja dengannya.
 
Ibu pula meninggalkan kami lebih setahun yang lalu. Alhamdulillah, kami semua adik beradik sempat bersama-sama ibu yang dipinjamkan kepada kami buat tempoh yang jauh lebih lama berbanding ayah sehingga kami sendiri telah bergelar ibu dan ayah dan faham bagaimana ayah dan ibu kami melayan kerenah anak-anak mereka. Biarpun kami adik-beradik melalui sedikit kegetiran dalam menempuh zaman pembesaran kami, namun kami faham bahawa ibu telah berusaha sedaya-upaya beliau untuk menjaga dan bersama-sama dengan kami semua.
 
Kepada yang masih mempunyai ibu-bapa, jagalah ibu bapa sebaik mungkin. Sebelum pergi bekerja, ciumlah tangan mereka. Alangkah beruntungnya mereka yang tinggal sebumbung dengan mak dan ayah mereka. Kalau berjauhan luangkanlah selalu masa untuk melawat mereka.
 
Doakan mereka malah sedekahkah pahala dari amalan-amalan baik kita seperti mengaji Al-Quran, berzikir dan sedekah. Tidak akan berkurangan rezeki kita malah Allah tambahkan lagi rezeki serta nikmat buat anak-anak yang taat.
 
Bagi yang telah tiada, jangan lupa doakan mak ayah setiap kali solat, sedekahkan Al fatihah dan apa sahaja surah yang kita baca, pohon keampunan untuk mereka dan doakan agar mereka ditempatkan dalam golongan yg diredhai Allah. Jangan kedekut untuk luangkan masa mengaji Al-Quran dan sedekahkan pahala untuk mereka kerana apa lagi yang ada pada mereka selain dari doa-doa anak yang soleh.
 
Saya percaya sahabat-sahabat saya pun sangat kasihkan ibu dan ayah dan boleh melakukannya.
 
Boleh ke boleh?

Thursday, 17 March 2016

Saya pernah membuat kesilapan

Entri 5
Teks: Mohd Azhar Awang
 
Saya ingin membuat satu pengakuan di sini bahawa saya pernah melakukan suatu kesilapan. Tuan/puan mungkin tertanya-tanya, kesilapan apakah yang ingin saya utarakan? Adakah saya pernah melanggar undang-undang?
 
Tidak, tidak, tidak.
 
Kesilapan yang saya lakukan ialah saya pernah cuba membuat terlalu banyak perkara dalam satu-satu masa. Sekejap, bukankah ianya sesuatu yang positif untuk membuat banyak perkara dalam satu-satu masa? Bukankah banyak perkara yang boleh kita capai serentak? Berdasarkan pengalaman saya, jawapan untuk setiap soalan diatas adalah TIDAK sama sekali.
 
Ok, saya ceritakan sedikit pengalaman saya tentang perkara ini. Saya terlibat sebagai Perunding Unit Amanah Public Mutual secara sepenuh masa bermula pada November 2014. Pada bulan April 2015, saya diperkenalkan kepada suatu bisnes menjual penapis air dan saya menjadi agen kepada syarikat penapis air tersebut. Sememangnya bisnes menjual penapis air ini adalah suatu bisnes yang bagus berdasarkan kekuatan syarikat itu, jumlah komisen yang diberi dan maklumbalas yang baik diterima daripada pelanggan berkenaan penapis air ini. Tuan/puan mungkin tertanya-tanya, jadi dimanakah silapnya?
 
Kesilapannya adalah dalam kedua-dua bisnes tersebut, saya tidak mencapai apa-apa yang boleh dibanggakan. Saya tidak kemana-mana didalam kedua-dua bisnes tersebut. 'Neither here, nor there', orang putih kata. Apabila berjumpa pelanggan baru atau prospek agen, saya menjadi bingung samada ingin bercakap tentang Public Mutual atau tentang penapis air tersebut. Saya kemudiannya menyedari bahawa saya tidak mampu untuk mengejar terlalu banyak kejayaan serentak. Berdasarkan kepakaran saya yang pernah bekerja disektor kewangan selama hampir dua puluh tahun, saya sepatutnya boleh lebih berjaya dan terus maju kehadapan hanya dengan fokus sebagai seorang Perunding Unit Amanah.
 
Selepas beberapa bulan menjalankan dua bisnes serentak, saya kemudiannya mengambil keputusan untuk fokus dalam karier saya sebagai seorang Perunding Unit Amanah. Bertitik-tolak dari situ, dalam masa yang singkat bilangan peserta dalam agensi saya meningkat berlipat kali ganda manakala saya lebih nampak dimana kedudukan saya sedikit masa lagi. Pelanggan juga lebih yakin dengan saya untuk menjadi agen mereka. Pernah pada satu ketika seorang pelanggan membuat pengeluaran sebanyak RM244 ribu sekaligus dari simpanan KWSP beliau dan menyimpan di Public Mutual hanya kerana saya seorang Perunding Unit Amanah sepenuh masa. Beliau yakin bahawa dengan kerjaya sepenuh masa saya sebagai Perunding Unit Amanah ini, saya mampu untuk menjaga akaun beliau dengan baik.  
 
Dalam penulisan saya yang berikutnya, akan saya ceritakan secara lebih terperinci tentang pentingnya kita fokus dalam perkara yang kita lakukan. Sekian dahulu untuk penulisan kali ini.