Tuesday 5 April 2016

Mengapa perlu menyimpan seawal mungkin

Entri 18
Teks : Brosur Public Mutual

Menyimpan sejumlah wang yang banyak untuk perancangan persaraan atau pendidikan anak anda mungkin dianggap sebagai satu tugas yang berat tetapi dengan masa dan kuasa pulangan berganda, anda akan berasa kagum dengan berapa banyak dana anda boleh berkembang hanya dengan memulakan pelaburan anda lebih awal.


Nama
Alan 
Peter
Umur bermula pelaburan
26
36
Tempoh pelaburan (tahun)
20
20
Tempoh pulangan berganda (tahun)
30
20
Pelaburan tahunan (RM)
10,000
10,000
Jumlah yang dilabur (RM)
200,000
200,000
   
Jumlah pelaburan* pada umur 55 tahun (RM)
1,320,149
557,645
 
Dengan kadar hasil pulangan berganda. semakin awal anda memulakan pelaburan, semakin besar pulangan yang terkumpul ke atas pelaburan asal anda.

Walaupun Alan dan Peter melabur sebanyak RM10,000 setiap tahun dalam tempoh 20 tahun, jumlah pelaburan Alan meningkat sebanyak 137% lebih daripada jumlah pelaburan Peter apabila mereka berumur 55 tahun. Perbezaan ini adalah disebabkan oleh tahun-tahun tambahan pelaburan Alan dibiarkan untuk berkembang dan menerima manafaat daripada kuasa pulangan berganda. Alan memulakan pelaburannya pada umur 26 tahun manakala Peter melabur pada umur 36 tahun.

Tidak kira besar atau kecil jumlah pelaburan anda, biarkan masa membantu anda untuk mendapat manafaat daripada hasil pulangan berganda.

* Andaikan kadar pulangan unit amanah adalah tetap pada 9% setahun. ini hanyalah ilustrasi sahaja dan tidak menunjukkan prestasi masa dahulu atau hadapan mana-mana dana unit amanah.
 

No comments:

Post a Comment