Saturday 23 April 2016

Dari gagal kearah kejayaan luar biasa

Entri 29
Teks : Mohd Azhar Awang
Foto : Mohd Azhar Awang



Di dalam program En Pro (Enhanced Productivity) yang dianjurkan oleh Public Mutual, kami semua setiap peserta diberi sebuah buku setiap seorang yang bertajuk 'How I raised myself from failure to success in selling' karangan Frank Bettger.  Setiap orang daripada kami perlu membaca buku ini dan pada setiap minggu salah seorang daripada kumpulan kami akan membentangkan satu bab mengenai buku ini secara intipatinya tetapi dengan penerangan yang kemas dan padat.
 
Buku ini merupakan sebuah buku yang terkenal dan menjadi rujukan dan panduan ramai 'salesperson' dalam meningkatkan jualan mereka. Saya sendiri berasa amat teruja setelah membaca buku ini dan telah mempraktikkannya dalam meningkatkan karier saya sebagai seorang perunding unit amanah.

Buku ini berkisar tentang Frank Bettger yang hidup pada awal abad ke-19. Bettger telah berjaya melonjakkan dirinya daripada seorang ejen insurans yang pada awalnya telah meletakkan jawatan akibat kegagalannya kepada seseorang yang amat berjaya dalam bidangnya.

Dalam bahagian pertama buku ini, terdapat empat sikap permulaan ke arah kejayaan yang digariskan oleh Betgger untuk menjadi seorang yang lebih berjaya dalam karier sebagai seorang 'sales person' aitu:-

i.   Semangat (Enthusiasm)

Sebelum menjadi ejen insurans, Bettger merupakan seorang pemain besbol professional iaitu bermain besbol sebagai sumber pendapatannya. Daripada seorang yang kurang bersemangat dalam permainannya sebagai seorang pemain besbol sehingga dipecat oleh pengurus pasukannya, Bettger telah berjaya meningkatkan pendapatannya sebanyak 30x berbanding sebelumnya iaitu dari $25 sebulan kepada $750 sebulan!!!. Ianya hanya dengan Bettger menunjukkan permainan yang jauh lebih bersemangat sehingga semangat yang dimilkinya telah berjaya mempengaruhi rakan-rakannya untuk juga bersemangat  dan seterusnya pasukan mereka berjaya mencapai kejayaan dengan rekod yang jauh lebih baik berbanding sebelum ini.

Apabila Bettger lebih bersemangat dalam kerjayanyanya sebagai ejen insurans, dia berjaya mendapatkan jualan berbanding sikap sebelumnya yang kurang bersemangat.

Menurut Bettger, semangat yang tinggi boleh menolong kita:-

+ Mengatasi ketakutan
+ Lebih berjaya dalam perniagaan
+ Lebih banyak menjana pendapatan
+ Menikmati hidup yang lebih sihat, kaya dan gembira.

Untuk seseorang yang baru sebagai seorang sales person, mereka mungkin masih belum ada kemahiran-kemahiran yang diperlukan, tetapi mempunyai semangat yang tinggi adalah sesuatu yang boleh dilakukan. Anda hanya perlu beritahu diri anda, "Yang ini aku boleh buat".

ii.  Berjumpa lebih ramai orang (Seeing more people).

Selepas tercedera sebagai seoarng pemain sukan, Bettger menceburkan diri sebagai seorang ejen insurans. Walau bagaimana pun dia boleh dikatakan tidak berjaya dalam kerjayanya dan hampir berhenti sebagai seorang ejen insurans sehingalah dia mendengar pengurus tempat dia berkerja menuturkan kata-kata berikut:-

Gentleman, after all, this business of selling narrows down to one thing – just one thing…seing the people! Show me any man of ordinary ability who will go out and earnestly tell his story to four or five people every day, and I will show you a man who just can’t help making good!"

Bettger sedar bahawa dia perlu berjumpa lebih ramai orang untuk meningkatkan jualannya. Bettger kemudiannya berjumpa paling kurang empat orang sehari dan berjaya meningkatkan jualannya yang mana jualannya dalam tempoh 10 minggu selepas dia berjumpa lebih ramai orang mengatasi jualannya dalam tempoh 10 bulan sebelumnya.

iii. Menjadi seorang yang boleh berucap di depan orang ramai (Be a public speaker)

Salah satu sebab pendapatan Bettger terlalu kecil pada tahun pertama dia menjadi ejen insurans adalah kerana ketidakupayaannya untuk bercakap dengan yakin kepada seseorang, apatah lagi bercakap dengan ramai orang. Untuk menjadi lebih berkeyakinan dan mengatasi ketakutan, Bettger telah mendaftar diri dalam kursus 'Public Speaking'.

Menurut Bettger, kursus Public Speaking boleh menolong meluaskan visi kita, merangsang semangat kita, melahirkan idea-idea dengan lebih berkeyakinan dan menghapuskan musuh yang paling besar yang terpaksa kita hadapi iaitu ketakutan.

iv. Pengurusan kerja yang baik (Be organized)

Menurut Bettger, apabila kita merancang pengurusan kerja kita, banyak perkara boleh diselesaikan dan amat sedikit perkara yang boleh dilakukan tanpa perancangan. Selepas Bettger meletakkan hari Sabtu sebagai hari untuk dia merancang perancangan kerjanya (“self-organization day”), berikut adalah kata-kata Bettger secara verbatim:

“Each Monday morning, when I started out to work, instead of having to drive myself to make calls, I walked in to see men with confidence and enthusiasm. I was eager and anxious to see them. At the end of the week, instead of feeling exhausted and discouraged, I actually felt exhilirated and on fire with the excitement that next week I could do even better”.

Sesetengah orang mungkin menyatakan bahawa hidup berjadual (life on a schedule) bukan sesuai dengan mereka yang mana mereka akan terasa terkongkong dan menjadi tidak gembira dengan kehidupan mereka, akan tetapi pada hakikatnya hidup berjadual akan menjadikan mereka lebih terurus, lebih gembira dengan kehidupan mereka dan berjaya mencapai matlamat perancangan mereka.


No comments:

Post a Comment