Saturday 3 September 2016

Jadilah the best 2%

Entri: 49
Teks: Mohd Azhar Awang

Mengikut lapuran KWSP tahun 2011....87% dari penyimpan di KWSP mempunyai kurang dari RM100K dalam akaun mereka dan 98% kurang dari RM300K dalam akaun mereka.

Kalau pun mereka yang terbaik dalam kategori 98% ni iaitu yang ada maksima RM300K...dengan inflasi katakan 4%, duit RM300K tu hanya bernilai RM150K selepas 18 tahun. Apa yang boleh dibuat dengan duit bernilai RM150K???
 
Percayalah anda akan sentiasa berdebar-debar dengan nilaian duit sebanyak tu di hari tua nanti tambahan pula mengikut statistik jangkahayat manusia adalah lebih panjang sekarang.
 
Anda nak tak bila dah tua dan tak bekerja nanti, anda dah lah tak kerja, belanja perubatan pun meningkat sebab berbagai penyakit dah mula menyerang dan lebih parah lagi simpanan anda tak cukup untuk menyara kehidupan persaraan anda?????
 
Nak harapkan anak-anak?? Dengan keperitan hidup sekarang, mereka pun mungkin bertambah perit merencana kehidupan mereka sendiri. Jika mereka dapat membantu kita, ianya adalah hanya satu bonus.
 
Apa pilihan yang kita ada? Kita perlu bersedia sendiri dan sekurang-kurangnya menjadi the best 2% mengikut statistik tersebut iaitu mereka yang mempunyai RM300K ke atas.
 
So, nak jadi the best 2%? Tak susah pun sebenarnya. Saya boleh memberikan konsultansi percuma kepada anda.

Friday 2 September 2016

Mereka yang sebaiknya mendapatkan pinjaman perniagaan

Entri : 48
Teks: Mohd Azhar Awang

Selama ini saya banyak menulis pasal mereka yang tidak sepatutnya meminjamlah, tidak perlu meminjamlah...saya rasa dah jadi macam anti klimaks untuk mereka yang sememangnya berhasrat untuk mendapatkan pinjaman perniagaan buat mengembangkan perniagaan mereka. Ok, sekarang saya masuk kepada segmen mereka yang perlu meminjam untuk kebaikkan perniagaan mereka.

Seperti yang pernah saya tekankan sebelum ini, untuk bermula sepatutnya setiap perniagaan bermula dengan modal sendiri. Akan tetapi apabila perniagaan semakin mula membesar, perniagaan-perniagaan ini memerlukan dana yang besar atas berbagai sebab seperti untuk meningkatkan lagi pegangan pasaran saham mereka (to increase the company's market share) dengan menambah lagi cawangan, kilang-kilang yang ingin membesarkan lagi kapasiti pengeluaran mereka, syarikat-syarikat yang ingin meningkatkan lagi stok dan bahan mentah mereka dan sebagainya.
Syarikat-syarikat ini kemungkinan besar tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk perkembangan perniagaan dan suntikan modal tambahan perniagaan mereka dan memerlukan pinjaman bank. Kebaikkan syarikat-syarikat yang semakin besar ialah mereka mendapat faedah skala ekonomi (economies of scale) yang mana kos operasi mereka akan menjadi semakin murah berbanding syarikat yang lebih kecil. Sebaik mungkin pihak bank akan cuba menolong syarikat-syarikat sebegini sementara itu pihak bank juga akan menilai bahawa perkembangan ini tidak terlalu cepat yang boleh menjadikannya keadaan 'over trading'. Syarikat-syarikat yang semakin teguh akan menjadikan pihak bank lebih selesa untuk terus menjalin hubungan dengan syarikat-syarikat tersebut untuk faedah bersama.
 

Wednesday 31 August 2016

Mereka Yang Tidak Perlu Mendapatkan Pinjaman Perniagaan

Entri 47
Teks : Mohd Azhar Awang

Perkongsian hari ini berkenaan mereka  yang secara dasarnya tidak memerlukan pinjaman perniagaan.
 
Setiap kali menilai pinjaman perniagaan, pihak bank akan mengira keperluan modal (working capital requirement) syarikat tersebut. Jika selepas pengiraan, pihak bank mendapati bahawa syarikat tersebut tiada keperluan untuk penambahan modal, maka permohonan pinjaman tersebut mungkin tidak diluluskan walaupun syarikat tersebut menawarkan cagaran yang nilainya jauh melebihi permohonan pinjaman. Pinjaman tersebut mungkin tidak diluluskan untuk mengelakkan penyalahgunaan pinjaman perniagaan berdasarkan contoh-contoh yang pernah saya beritahu dalam perkongsian sebelum ini.
 
Syarikat tertentu mungkin boleh bergantung kepada kredit pembekal (suppliers' credit) misalnya dan tidak semestinya mendapatkan pinjaman bank untuk mencukupkan keperluan modal. Syarikat tertentu juga boleh memendekkan tempoh kredit kepada pembeli-pembelinya iaitu dengan pembeli-pembelinya tidak berhutang terlalu lama dengan mereka. Aliran tunai syarikat sebegini pada amnya adalah aliran tunai yang sihat. Bila kurang pergantungan kepada pinjaman bank, maka syarikat tersebut dapat menjimatkan kos kewangannya.
 
Lagi satu, sudah tentu syarikat yang mempunyai aset tunai yang kuat tidak perlu bergantung kepada pinjaman bank untuk keperluan modalnya.

Tuesday 30 August 2016

Mereka Yang Tidak Sepatutnya Mendapat Pinjaman Perniagaan - Bahagian II


Entri 46
Teks: Mohd Azhar Awang

Ok, saya sambung dengan golongan kedua yang TIDAK SEPATUTNYA mendapat pinjaman perniagaan. Golongan ini adalah mereka yang cenderung menyalahgunakan pinjaman perniagaan yang mana pinjaman perniagaan tidak digunakan sebagai modal perniagaan tetapi untuk kegunaan peribadi.
 
Pernah dengar mereka yang baru sahaja mendapat pinjaman perniagaan tetapi selepas tu 'angkat' kereta Mercedes? Bukan kebetu...lan kerana kami dari pihak bank yang bertugas untuk menilai permohonan pinjaman perniagaan mereka juga akan menilai secara agak terperinci aset dan liabiliti pengarah-pengarah syarikat...walau tidak tahu semua tetapi hampir kesemuanya dalam pengetahuan kami. Jadi boleh dikatakan kami tahu samada pengarah-pengarah syarikat tersebut mampu secara peribadi untuk membeli kereta tersebut atau tidak.
 
Juga sesetengah pengarah syarikat cenderung menyalahgunakan wang pinjaman untuk melabur di pasaran saham. Tiada salahnya jika mereka ingin melabur di pasaran saham...silakan...dengan ilmu yang betul mereka mungkin boleh memaksimakan pulangan hasil dari pelaburan tetapi jangan menggunakan wang pinjaman yang diperuntukkan untuk syarikat untuk tujuan tersebut. Ini adalah kerana mereka terdedah kepada risiko yang tinggi walaupun pulangan juga mungkin tinggi berdasarkan konsep high risk, high return. Jika pelaburan mereka hangus, secara langsung ianya akan menjejaskan perjalanan syarikat yang mana syarikat yang akan menanggung beban tersebut. Perkara-perkara ini lebih banyak berlaku kepada syarikat-syarikat kecil berbanding dengan syarikat-syarikat awam yang mana perjalanan operasi syarikat lebih terkawal.
 
Sebenarnya, setiap kali pinjaman perniagaan diluluskan, sebaik mungkin pihak bank akan mengenakan kawalan tertentu terhadap penggunaan dana pinjaman supaya tidak berlaku penyalahgunaan cuma bagi sesetengah kemudahan kredit seperti oberdraf misalnya, kawalan sedikit longgar untuk memudahkan operasi syarikat akan tetapi disinilah penyalahgunaan mungkin berlaku.
 

Monday 29 August 2016

Mereka yang tidak sepatutnya mendapat Pinjaman Perniagaan - Bahagian I

Entri 45
Teks : Mohd Azhar Awang

Sebagaimana post saya semalam, ada saya nyatakan bahawa terdapat tiga golongan yang saya kategorikan sebagai PERLU, TIDAK PERLU dan TIDAK SEPATUTNYA mendapat pinjaman perniagaan.
 
Walaupun sesetengah kenyataan agak pedih untuk diterima, namun saya lebih suka bersikap objektif dengan menyatakan perkara sebenar daripada cuba menjadi seorang yang popular tetapi tidak bercakap benar. Ok, saya bermula dengan mengapa sesetengah golongan saya kategorikan sebagai TIDAK SEPATUTNYA mendapat pinjaman perniagaan. Golongan pertama adalah mereka yang baru sahaja mula berniaga tetapi terus hendak mendapatkan pinjaman bank dan bukan itu sahaja, mereka bersandarkan sebahagian besar kepada pinjaman perniagaan untuk memulakan perniagaan mereka. Golongan kedua adalah golongan yang akan menyalahguna pinjaman perniagaan berdasarkan kecenderungan tertentu mereka.
 
Ulasan saya mengenai golongan pertama, pada fikiran mereka, mereka hanya boleh berniaga jika mendapat pinjaman perniagaan malah sesetengah dari mereka berhasrat untuk mendapat pinjaman perniagaan seratus peratus. Pada fikiran mereka, semakin besar pinjaman perniagaan yang mereka boleh dapat, semakin mudah mereka menjalankan perniagaan.
 
Golongan ini akan menyalahkan pihak bank jika mereka gagal mendapat pinjaman bank sedangkan pihak bank juga mempunyai kriteria-kriteria tertentu dalam meluluskan pinjaman perniagaan. Mereka yang menyalahkan pihak bank mungkin terlupa bahawa pihak bank juga bertanggung jawab kepada pihak tertentu, kepada pemegang-pemegang saham misalnya terutama bank-bank komersial. Malah jika ianya dana-dana kerajaan, kita perlu mempunyai sikap bahawa kita bertanggungjawab kepada rakyat yang lain yang juga memerlukan dana tersebut yang boleh diperolehi jika kita membayar balik setiap sen yang kita pinjam mengikut kadar yang telah ditetapkan.
 
Sebenarnya apabila pihak bank tidak meluluskan pinjaman mereka, ianya adalah baik untuk perniagaan tersebut. It is kind of service to the company instead of disservice to the company. Sebabnya jika pinjaman tersebut diluluskan, kecenderungan untuk pinjaman tersebut menjadi pinjaman tidak berbayar adalah tinggi memandangkan mereka masih belum mantap dalam bisnes mereka yang memungkinkan perniagaan tersebut gagal. Komitmen mereka terhadap dana yang diperuntukkan juga adalah rendah memandangkan sebahagian besar dana yang diguna dalam perniagaan adalah bukan wang mereka sendiri. Saya katakan baik untuk perniagaan mereka jika pinjaman perniagaan tidak diluluskan untuk golongan ini kerana jika perniagaan mereka gagal, akan menjadi lebih sukar untuk mereka bangun dengan hutang bank yang terpikul di bahu mereka jika mereka jatuh berbanding dengan jatuh tanpa adanya hutang yang perlu dipikul.
 
Saya akan sambung mengenai golongan kedua iaitu golongan yang akan menyalahguna pinjaman perniagaan berdasarkan kecenderungan tertentu mereka dalam post saya yang berikutnya.
 

Sunday 28 August 2016

Perlukah kita ada Pinjaman Perniagaan?


Entri 44
Teks: Mohd Azhar Awang

Ok, berhubung dengan post saya beberapa hari lepas tentang Pinjaman Perniagaan yang mana saya berhasrat untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan saya tentang Pinjaman Perniagaan, saya tengok agak ramai yang berminat. Rakan-rakan saya yang masih dalam Commercial Banking pun ada yang komen. Jadi saya akan teruskan perkongsian ini. Semuga rakan-rakan saya dalam Commercial Banking juga dapat membantu.
 
Post hari ini merupakan perkongsian saya yang pertama berkenaan dengan Pinjaman Perniagaan. Jadi perlukah kita mendapatkan Pinjaman Perniagaan? Jawapan saya berhubung dengan soalan di atas adalah PERLU, TIDAK PERLU dan TIDAK SEPATUTNYA dikeluarkan kepada golongan-golongan yang akan saya huraikan nanti.
 
Supaya post ini tidak terlalu panjang, saya akan huraikan dalam post yang seterusnya esok. Esok jer...nantikan kemunculan huraian saya. Sementara tu mungkin rakan-rakan saya semua ingin memberikan komen/jawapan masing-masing tentang tajuk posting hari ini.
 
Sekian, terima kasih.  

Saturday 27 August 2016

Nak Buat Pinjaman Perniagaan?

Entri 43
Teks: Mohd Azhar Awang

Pertamanya saya nak bagitahu yang saya dah hampir 2 tahun berhenti kerja bank dan tidak lagi terlibat dalam permohonan pinjaman perniagaan secara terus. Cumanya saya berhasrat untuk berkongsi pengalaman saya selama hampir 20 tahun kerja menilai pinjaman perniagaan. Sekurang-kurangnya rakan-rakan saya boleh ambil pengetahuan sedikit sebanyak.
 
Masih ramai orang-orang kita yang tidak tahu tentang perkara-perkara berikut:-
 
1) Perlukah kita ada pinjaman perniagaan? Apa kebaikkannya? Apa keburukkannya?  Ehh..ada keburukan jugak? Nanti saya kongsi.
 
2) Sektor-sektor perniagaan yang bank cenderung nak buat (preferred sectors). Sektor-sektor perniagaan yang bank kurang cenderung untuk buat (less preferred sectors). Sebenarnya yang kedua ni, bank akan cuba elakkan terus.
 
3) Jenis-jenis pinjaman yang ada. Orang kebanyakkan mesti ingat kalau buat pinjaman, bila lulus nanti bank kredit duit masuk akaun. Sebenarnya tidak semua macam tu.
 
4) Syarat-syarat yang perlu kita ada untuk memohon pinjaman perniagaan. Banyak mana yang boleh pinjam untuk sesuatu perniagaan, secara amnya? RM100 ribu? RM1 juta? RM10 juta? Rm50 juta?
 
5) Kriteria yang macam mana yang bank akan tengok untuk lulus pinjaman. Risiko yang macam mana yang bank kaji untuk lulus pinjaman? Banyak juga sudut yang bank tengok...nanti saya bagitahu supaya anda boleh bersedia dengan perkara ini jika bersedia membuat pinjaman nanti.
 
6) Berapakah margin yang bank akan luluskan berbanding dengan cagaran kita? Bolehkah pinjaman tanpa cagaran (Yang ni mesti ramai orang minat).
 
7) Banyak lagilah....
 
Nanti saya kongsikan.