Sunday 17 April 2016

PRS - kenapa perlu menyimpan di Public Mutual?

Entri 25
Teks : Mohd Azhar Awang

Public Mutual merupakan salah satu penyedia dana PRS termasuk dana berlandaskan syariah. Anda akan mendapat faedah-faedah berikut pula dengan mencarum dalam PRS Public Mutual:-

1) Pengurusan Dana Yang Profesional

Dana akan diuruskan secara professional oleh Public Mutual.

+ Syarikat unit amanah No 1* di Malaysia.
+ Mempunyai lebih daripada 3.1 juta pemegang akaun.
+ Mempunyai lebih daripada 30 tahun pengalaman dalam pengurusan dana.
+ Sebuah anak syarikat milik penuh Public Bank yang kukuh dan stabil.

* Dari segi jumlah saiz dana yang diuruskan antara syarikat-syarikat unit amanah swasta. Sumber: The Edge-Lipper, 16 Mac 2015.

2) Pelbagai Pilihan Dana PRS
 
Public Mutual menawarkan pelbagai pilihan dana PRS termasuk siri berlandaskan syariah agar bersesuaian dengan umur dan tolenrasi risiko anda.
 
3) Fleksibiliti
 
Anda boleh memulakan caruman anda dengan serendah RM1,000 dan tambahan caruman minimum dengan hanya RM100 bagi setiap dana.
 
4) Perlindungan Takaful Percuma**
 
+ Takaful Kemalangan Diri PERCUMA dengan perlindungan kematian dan hilang upaya kekal bagi pencarum yang layak.
+ Umur untuk mendapat perlindungan: 18 - 59  tahun (perlindungan akan tamat pada umur 60 tahun).
+ Kelayakan: Dengan minimum nilai asset bersih (NAB) sebanyak RM5,000 pada bila-bila masa.
+ Perlindungan maksimum: Sehingga RM100,000 bagi setiap pencarum.
+ Jumlah perlindungan : Setara dengan NAB unit yang dipegang dengan nisbah RM1 untuk setiap RM1 NAB.
 
** Tertakluk kepada terma dan syarat. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pada risalah tentang Takaful percuma.
 
5) Berlandaskan Kehendak Syariah
 
Penasihat Syariah yang dilantik akan memastikan operasi dan pelaburan dana-dana adalah mengikut kehendak Syariah.
 

No comments:

Post a Comment