Monday 18 April 2016

Kerja isi borang, pendapatan berterusan melebihi 30 tahun

Entri 26
Teks: Mohd Azhar Awang
Foto: Mohd Azhar Awang


Seperti biasa hari ini tugas saya adalah menghantar borang-borang pelanggan. Terdapat pelanggan yang mempelbagaikan simpanan KWSP ke Public Mutual, ada yang baru hendak buka akaun di Public Mutual juga dengan tujuan untuk mempelbagaikan simpanan KWSP ke Public Mutual dan hari ini terdapat pelanggan seorang doktor (skim berpencen, tiada KWSP) yang hendak membuat simpanan bulan-bulan secara tunai dengan potongan akaun bank beliau ke Public Mutual.
 
Juga tadi saya hantar borang penamaan insurans sebab dengan dana yang pelanggan-pelanggan pilih, secara otomatik mereka dapat pula insurans percuma. Kesemua mereka dengan matlamat untuk memaksimakan simpanan persaraan mereka dan menikmati semua faedah yang ditawarkan oleh Public Mutual. Apa yang mereka perlu buat adalah hanya mengisi borang sahaja dan tidak perlu keluar duit sesen pun, yang lain semuanya akan saya uruskan.

Menariknya tugas saya ini, daripada setiap pelanggan saya, saya berpeluang mendapat faedah persaraan (career benefit) setiap bulan sehingga melebihi 30 tahun sebab yang menyimpan dengan saya ramai yang masih muda-muda bermakna saya berpeluang menjaga akaun mereka sehingga mereka bersara. Menarik bukan kerja macam saya ini...kerja mengisi borang sahaja, berpendapatan lima angka dan pendapatan berterusan melebihi 30 tahun!
 

No comments:

Post a Comment