Wednesday 27 April 2016

Betulkah sekarang adalah masa yang baik untuk menyimpan di unit amanah?

Entri 31
Teks : Mohd Azhar Awang
 
Dari masa ke semasa saya sering diajukan pertanyaan berikut:-
 
1) Adakah sekarang masa yang baik untuk menyimpan di unit amanah?
 
Ok, kita perhatikan fakta-fakta berikut. Indeks Bursa Malaysia di tutup pada 1,692.50 point pada  26 April 2016, hari perniagaan terakhir ketika artikel ini di tulis. Apakah keistimewaannya fakta tersebut? Keistimewaannya adalah point KLCI telah terkurang lebih kurang dua ratus point berbanding dengan rekod dalam jangka masa setahun yang lepas 1867.53 point. Memandangkan harga unit amanah secara kasarnya mengikut perkembangan BSKL, maka harga unit amanah sekarang adalah agak murah. Bukankah untuk membuat untung, kita patut membeli ketika harga murah dan menjual ketika harga mahal?
 
Masalah dengan orang kita, mereka terikut dengan 'herd mentality' yang mana mereka berbondong-bondong masuk kat pasaran ketika harga mahal sebab 'feel good factor' dan selepas itu panik menjual ketika harga murah. Ianya sudah menjadi suatu yang terbalik. Dari segi pelaburan, sepatutnya kita ikut apa yang Warren Buffet pernah katakan "Be Fearful When Others Are Greedy and Greedy When Others Are Fearful".
 
2) Betulkah indeks BSKL boleh meningkat kembali dan penyimpan di unit amanah boleh mendapat keuntungan pada masa tersebut?
 
Buat makluman, dalam sesebuah kitaran ekonomi, setiap pasaran yang jatuh akan meningkat kembali. Kalau mengikut kajian terhadap Bursa Malaysia semenjak Julai 1981, terdapat sembilan kejatuhan pasaran (bear market) dan terdapat juga sembilan kenaikkan pasaran (bull market). Dan mengikut statistik, purata tempoh kejatuhan pasaran adalah lebih singkat iaitu hanya 15 bulan dan kejatuhan Purata Pulangan Tahunan (Annualised Average Return) hanya -42% semasa tempoh kejatuhan berbanding dengan purata tempoh kenaikkan yang lebih panjang iaitu 26 bulan dan Purata Pulangan Tahunan 65% semasa tempoh kenaikkan.
 
Saya mengambil sedikit contoh, ketika tempoh kejatuhan Julai 1981 - Ogos 1982, pulangan tahunan adalah -47% dan tempoh kejatuhan 14 bulan berbanding dengan tempoh kenaikkan September 1982 - Januari 1984 yang mana pulangan tahunan 50% dan tempoh kenaikkan 17 bulan. Pasaran kemudiannya jatuh kembali pada Februari 1984 - April 1986 yang mana pulangan tahunan -26% dan tempoh kejatuhan 27 bulan berbanding tempoh kenaikkan Mei 1986 - Julai 1987 yang mana pulangan tahunan 129% dan tempoh kenaikkan 15 bulan.
 
Dan kepada sesiapa yang masih ingat, kita pernag mengalami kejatuhan ekonomi yang agak teruk yang mana ringgit kita terpaksa diikat dengan nilai tertentu kepada Dolar Amerika (The Ringgit was pegged to the US Dollar), yang mana tempoh March 1997 - Ogos 1998 pulangan tahunan jatuh teruk -51% dengan tempoh kejatuhan 18 bulan akan tetapi selepas itu dari tempoh September 1998 - Februari 2000 ekonomi kita mengalami kenaikan yang memberansangkan yang mana pulangan tahunan adalah 150% (satu peningkatan yang agak memberangsangkan ) dengan tempoh kenaikkan juga 18 bulan.
 
Jadi apa yang kita perlu tunggu lagi? Bukankah sekarang adalah masa yang baik untuk menyimpan di unit amanah?

No comments:

Post a Comment