Sunday 3 April 2016

Apa yang bagus sangat menyimpan Di Unit Amanah?

Entri 17
Teks: Brosur Public Mutual

Melabur dalam unit amanah boleh memberikan anda lebih banyak pilihan untuk mencapai matlamat kewangan anda, sama ada ianya untuk menabung bagi pendidikan anak anda atau menikmati kehidupan yang selesa selepas persaraan.

Dengan pelbagai Dana Siri Public yang ada, anda boleh memandang jauh ke hadapan dan melangkah menuju ke arah kebebasan kewangan.

Apakah Unit Amanah?
Unit Amanah merupakan satu bentuk pelaburan kolektif yang membolehkan para pelabur yang mempunyai objektif pelaburan yang sama untuk mengumpulkan wang untuk dilabur oleh pengurus dana professional dalam satu portfolio sekuriti. Public Mutual menawarkan pelbagai dana unit amanah bagi memenuhi keperluan pelabur.
 
Manfaat Melabur Dalam Unit Amanah
 
Pengurusan Dana Yang Professional
Unit amanah diuruskan oleh pengurus dana professional yang memastikan bahawa keputusan yang dibuat adalah berstruktur dan berdasarkan prinsip pelaburan yang bijak.
 
Kepelbagaian
Unit amanah membantu para pelabur mempelbagaikan pelaburan mereka dalam sebuah portfolio sekuriti bagi meminimumkan risiko dan ketidaktentuan pasaran.
 
Pertumbuhan Modal/Aliran Pendapatan
Unit amanah memberi peluang untuk menikmati pertumbuhan modal dan/atau aliran pendapatan sebagai sebahagian daripada pelaburan anda.
 
Kecairan
Unit amanah membenarkan anda membeli atau menjual pelaburan anda dengan mudah.Para pelabur akan menerima hasil penebusan mereka dalam tempoh 10 hari. Ahli-ahli Mutual Gold dan Mutual Gold Elite akan menerima hasil penebusan mereka dalam tempoh dua hari perniagaan.
 
Kemudahan & Kemampuan
Mulakan pelaburan dari serendah RM1,000 dan pelaburan tambahan minimum sebanyak RM100 sahaja.
 
Pendedahan Pelaburan
Unit amanah membolehkan pelaburan dipelbagaikan dan memperoleh pendedahan kepada pelbagai kelas asset dan/atau negara.
 
Pengawalan Yang Ketat
Unit amanah dikawalselia oleh Suruhanjaya  Sekuriti (SC) bagi melindungi kepentingan para pelabur.
 
Manfaat Pulangan Berganda
Unit amanah membolehkan anda melabur semula pendapatan/pengagihan untuk mengumpul kekayaan.
 

No comments:

Post a Comment