Wednesday, 27 April 2016

Betulkah sekarang adalah masa yang baik untuk menyimpan di unit amanah?

Entri 31
Teks : Mohd Azhar Awang
 
Dari masa ke semasa saya sering diajukan pertanyaan berikut:-
 
1) Adakah sekarang masa yang baik untuk menyimpan di unit amanah?
 
Ok, kita perhatikan fakta-fakta berikut. Indeks Bursa Malaysia di tutup pada 1,692.50 point pada  26 April 2016, hari perniagaan terakhir ketika artikel ini di tulis. Apakah keistimewaannya fakta tersebut? Keistimewaannya adalah point KLCI telah terkurang lebih kurang dua ratus point berbanding dengan rekod dalam jangka masa setahun yang lepas 1867.53 point. Memandangkan harga unit amanah secara kasarnya mengikut perkembangan BSKL, maka harga unit amanah sekarang adalah agak murah. Bukankah untuk membuat untung, kita patut membeli ketika harga murah dan menjual ketika harga mahal?
 
Masalah dengan orang kita, mereka terikut dengan 'herd mentality' yang mana mereka berbondong-bondong masuk kat pasaran ketika harga mahal sebab 'feel good factor' dan selepas itu panik menjual ketika harga murah. Ianya sudah menjadi suatu yang terbalik. Dari segi pelaburan, sepatutnya kita ikut apa yang Warren Buffet pernah katakan "Be Fearful When Others Are Greedy and Greedy When Others Are Fearful".
 
2) Betulkah indeks BSKL boleh meningkat kembali dan penyimpan di unit amanah boleh mendapat keuntungan pada masa tersebut?
 
Buat makluman, dalam sesebuah kitaran ekonomi, setiap pasaran yang jatuh akan meningkat kembali. Kalau mengikut kajian terhadap Bursa Malaysia semenjak Julai 1981, terdapat sembilan kejatuhan pasaran (bear market) dan terdapat juga sembilan kenaikkan pasaran (bull market). Dan mengikut statistik, purata tempoh kejatuhan pasaran adalah lebih singkat iaitu hanya 15 bulan dan kejatuhan Purata Pulangan Tahunan (Annualised Average Return) hanya -42% semasa tempoh kejatuhan berbanding dengan purata tempoh kenaikkan yang lebih panjang iaitu 26 bulan dan Purata Pulangan Tahunan 65% semasa tempoh kenaikkan.
 
Saya mengambil sedikit contoh, ketika tempoh kejatuhan Julai 1981 - Ogos 1982, pulangan tahunan adalah -47% dan tempoh kejatuhan 14 bulan berbanding dengan tempoh kenaikkan September 1982 - Januari 1984 yang mana pulangan tahunan 50% dan tempoh kenaikkan 17 bulan. Pasaran kemudiannya jatuh kembali pada Februari 1984 - April 1986 yang mana pulangan tahunan -26% dan tempoh kejatuhan 27 bulan berbanding tempoh kenaikkan Mei 1986 - Julai 1987 yang mana pulangan tahunan 129% dan tempoh kenaikkan 15 bulan.
 
Dan kepada sesiapa yang masih ingat, kita pernag mengalami kejatuhan ekonomi yang agak teruk yang mana ringgit kita terpaksa diikat dengan nilai tertentu kepada Dolar Amerika (The Ringgit was pegged to the US Dollar), yang mana tempoh March 1997 - Ogos 1998 pulangan tahunan jatuh teruk -51% dengan tempoh kejatuhan 18 bulan akan tetapi selepas itu dari tempoh September 1998 - Februari 2000 ekonomi kita mengalami kenaikan yang memberansangkan yang mana pulangan tahunan adalah 150% (satu peningkatan yang agak memberangsangkan ) dengan tempoh kenaikkan juga 18 bulan.
 
Jadi apa yang kita perlu tunggu lagi? Bukankah sekarang adalah masa yang baik untuk menyimpan di unit amanah?

Sunday, 24 April 2016

Bayarlah diri anda dahulu...


Entri 30
Teks : Mohd Azhar Awang
Foto: Puan Ainon Mohd

 
Melayari Facebook hari ini, saya terjumpa akan keluh kesah sepertimana diatas yang dikongsikan oleh Puan Ainon Mohd. Kita selalu mendengar keluh kesah seperti ini akan tetapi dimanakah tindakan kita sendiri supaya perkara yang sama tidak berlaku kepada kita dan keluarga kita. Nasihat saya. belajarlah menyimpan. Bila kita menerima duit gaji setiap bulan...please pay yourself first. Bayarlah diri anda dahulu sebelum anda membayar semua yang lain. Jangan sampai nasi sudah menjadi bubur.
 
Jika hendak menyimpan, menyimpanlah di Public Mutual. Dengan pengalaman Public Mutual selama hampir 40 tahun dari segi menolong orang ramai untuk menyimpan dan dengan penguasaan pasaran hampir 50 peratus, In Sha Allah anda tidak akan tersilap.
 
Apakah maksud penguasaan pasaran hampir 50 peratus ini? Maksudnya, dari 10 orang yang menyimpan di unit amanah swasta,... 5 orang memilih untuk menyimpan di Public Mutual. Dan suara 50% ini In Sha Allah tidak tersilap.

Dan apakah maksud pengalaman hampir 40 tahun? Maksudnya, Public Mutual terus mendapat kepercayaan orang ramai tahun demi tahun kerana jika tidak mendapat kepercayaan orang ramai, sudah tentu sudah lama Public Mutual terpinggir dari industri unit amanah ini. Juga In Sha Allah, kepercayaan yang telah berlangsung selama 40 tahun tidak tersilap.
 

Saturday, 23 April 2016

Dari gagal kearah kejayaan luar biasa

Entri 29
Teks : Mohd Azhar Awang
Foto : Mohd Azhar Awang



Di dalam program En Pro (Enhanced Productivity) yang dianjurkan oleh Public Mutual, kami semua setiap peserta diberi sebuah buku setiap seorang yang bertajuk 'How I raised myself from failure to success in selling' karangan Frank Bettger.  Setiap orang daripada kami perlu membaca buku ini dan pada setiap minggu salah seorang daripada kumpulan kami akan membentangkan satu bab mengenai buku ini secara intipatinya tetapi dengan penerangan yang kemas dan padat.
 
Buku ini merupakan sebuah buku yang terkenal dan menjadi rujukan dan panduan ramai 'salesperson' dalam meningkatkan jualan mereka. Saya sendiri berasa amat teruja setelah membaca buku ini dan telah mempraktikkannya dalam meningkatkan karier saya sebagai seorang perunding unit amanah.

Buku ini berkisar tentang Frank Bettger yang hidup pada awal abad ke-19. Bettger telah berjaya melonjakkan dirinya daripada seorang ejen insurans yang pada awalnya telah meletakkan jawatan akibat kegagalannya kepada seseorang yang amat berjaya dalam bidangnya.

Dalam bahagian pertama buku ini, terdapat empat sikap permulaan ke arah kejayaan yang digariskan oleh Betgger untuk menjadi seorang yang lebih berjaya dalam karier sebagai seorang 'sales person' aitu:-

i.   Semangat (Enthusiasm)

Sebelum menjadi ejen insurans, Bettger merupakan seorang pemain besbol professional iaitu bermain besbol sebagai sumber pendapatannya. Daripada seorang yang kurang bersemangat dalam permainannya sebagai seorang pemain besbol sehingga dipecat oleh pengurus pasukannya, Bettger telah berjaya meningkatkan pendapatannya sebanyak 30x berbanding sebelumnya iaitu dari $25 sebulan kepada $750 sebulan!!!. Ianya hanya dengan Bettger menunjukkan permainan yang jauh lebih bersemangat sehingga semangat yang dimilkinya telah berjaya mempengaruhi rakan-rakannya untuk juga bersemangat  dan seterusnya pasukan mereka berjaya mencapai kejayaan dengan rekod yang jauh lebih baik berbanding sebelum ini.

Apabila Bettger lebih bersemangat dalam kerjayanyanya sebagai ejen insurans, dia berjaya mendapatkan jualan berbanding sikap sebelumnya yang kurang bersemangat.

Menurut Bettger, semangat yang tinggi boleh menolong kita:-

+ Mengatasi ketakutan
+ Lebih berjaya dalam perniagaan
+ Lebih banyak menjana pendapatan
+ Menikmati hidup yang lebih sihat, kaya dan gembira.

Untuk seseorang yang baru sebagai seorang sales person, mereka mungkin masih belum ada kemahiran-kemahiran yang diperlukan, tetapi mempunyai semangat yang tinggi adalah sesuatu yang boleh dilakukan. Anda hanya perlu beritahu diri anda, "Yang ini aku boleh buat".

ii.  Berjumpa lebih ramai orang (Seeing more people).

Selepas tercedera sebagai seoarng pemain sukan, Bettger menceburkan diri sebagai seorang ejen insurans. Walau bagaimana pun dia boleh dikatakan tidak berjaya dalam kerjayanya dan hampir berhenti sebagai seorang ejen insurans sehingalah dia mendengar pengurus tempat dia berkerja menuturkan kata-kata berikut:-

Gentleman, after all, this business of selling narrows down to one thing – just one thing…seing the people! Show me any man of ordinary ability who will go out and earnestly tell his story to four or five people every day, and I will show you a man who just can’t help making good!"

Bettger sedar bahawa dia perlu berjumpa lebih ramai orang untuk meningkatkan jualannya. Bettger kemudiannya berjumpa paling kurang empat orang sehari dan berjaya meningkatkan jualannya yang mana jualannya dalam tempoh 10 minggu selepas dia berjumpa lebih ramai orang mengatasi jualannya dalam tempoh 10 bulan sebelumnya.

iii. Menjadi seorang yang boleh berucap di depan orang ramai (Be a public speaker)

Salah satu sebab pendapatan Bettger terlalu kecil pada tahun pertama dia menjadi ejen insurans adalah kerana ketidakupayaannya untuk bercakap dengan yakin kepada seseorang, apatah lagi bercakap dengan ramai orang. Untuk menjadi lebih berkeyakinan dan mengatasi ketakutan, Bettger telah mendaftar diri dalam kursus 'Public Speaking'.

Menurut Bettger, kursus Public Speaking boleh menolong meluaskan visi kita, merangsang semangat kita, melahirkan idea-idea dengan lebih berkeyakinan dan menghapuskan musuh yang paling besar yang terpaksa kita hadapi iaitu ketakutan.

iv. Pengurusan kerja yang baik (Be organized)

Menurut Bettger, apabila kita merancang pengurusan kerja kita, banyak perkara boleh diselesaikan dan amat sedikit perkara yang boleh dilakukan tanpa perancangan. Selepas Bettger meletakkan hari Sabtu sebagai hari untuk dia merancang perancangan kerjanya (“self-organization day”), berikut adalah kata-kata Bettger secara verbatim:

“Each Monday morning, when I started out to work, instead of having to drive myself to make calls, I walked in to see men with confidence and enthusiasm. I was eager and anxious to see them. At the end of the week, instead of feeling exhausted and discouraged, I actually felt exhilirated and on fire with the excitement that next week I could do even better”.

Sesetengah orang mungkin menyatakan bahawa hidup berjadual (life on a schedule) bukan sesuai dengan mereka yang mana mereka akan terasa terkongkong dan menjadi tidak gembira dengan kehidupan mereka, akan tetapi pada hakikatnya hidup berjadual akan menjadikan mereka lebih terurus, lebih gembira dengan kehidupan mereka dan berjaya mencapai matlamat perancangan mereka.


Wednesday, 20 April 2016

Jana pendapatan 5 angka sebagai Perunding Unit Amanah Public Mutual

Entri 28
Teks: Mohd Azhar Awang

Sebenarnya terdapat lapan cara untuk mendapat punca pendapatan sebagai Perunding Unit Amanah Public Mutual. Saya hendak terangkan tentang salah satu punca sahaja iaitu komisen yang diterima oleh Perunding Unit Amanah apabila pelanggan membuat pengeluaran pelaburan KWSP untuk disimpan di unit amanah.
 
Katakan tuan/puan adalah seorang Perunding Unit Amanah. Caranya adalah seperti berikut:-
 
1) Fakta: KWSP mempunyai Skim Pengeluaran Pelaburan yang membenarkan pengeluaran pelaburan 3 bulan sekali untuk disimpan di unit amanah.

2) Katakan tuan/puan hanya dapat lima orang pelanggan baru setiap bulan. Setiap orang hanya melabur RM5,000 untuk memaksimakan simpanan mereka dengan menyimpan di unit amanah.

* Untuk tuan/puan mendapat seorang pelanggan untuk menyimpan RM5,000 di skim unit amanah melalui skim pengeluaran pelaburan KWSP adalah suatu perkara yang agak mudah.

3) Katakan pada 3 bulan berikutnya, 4 daripada 5 orang tersebut terus menyimpan RM5,000 seorang ke dalam skim unit amanah melalui tuan/puan.

4) Dalam masa 5 tahun, tuan/puan akan mendapat pendapatan 5 angka!!!
 
Jadual dibawah meringkaskan segala-galanya tentang penjanaan pendapatan tersebut:
                                       
Bulan 
Komisen
 
Bulan ke-1
500
Bulan ke-12
1,700
Bulan ke-24
3,778
Bulan ke-36
6,051
Bulan ke-48
8,027
Bulan ke-60
10,530
Bulan ke-72
12,610

Ingat ya, ini melalui satu punca sahaja. Kalau tuan/puan usahakan juga untuk mendapat punca-punca lain seperti simpanan tunai oleh pelanggan, simpanan bulanan oleh pelanggan, faedah persaraan yang tuan/puan dapat sebagai Perunding Unit Amanah dan sebagainya maka pendapatan tuan/puan jauh lebih banyak lagi!!! Tidak hairanlah  kita melihat ramai Perunding Unit Amanah boleh hidup dengan mewah dan selesa. 

Tuan/puan berminat untuk jadi Perunding Unit Amanah? Tuan/puan boleh menjadi Perunding Unit Amanah secara separuh masa atau sepenuh masa. Jika berminat tuan/puan boleh hubungi saya melalui nombor telefon dalam header 'Hubungi Penulis' seperti di atas.
 
"Our future success is determined by what we do today."

Tuesday, 19 April 2016

Jadilah Bos Sendiri Hari Ini

Entri 27
Teks: Mohd Azhar Awang

Bosan dengan waktu kerja yang panjang dan bonus yang tidak memuaskan? Mencari peluang untuk membina perniagaan anda sendiri dan menjadi bos sendiri?
 
Menjadi seorang Perunding Unit Amanah (PUA) di bawah Public Mutual adalah satu platform untuk anda bebas dari segi kewangan dan bekerja mengikut waktu yang fleksibel. Ia adalah satu perniagaan yang memerlukan modal yang rendah. Dalam tempoh lebih 30 tahun ini, Public Mutual telah membantu ramai orang mencapai mencapai kejayaan dalam perniagaan unit amanah. Kami menyediakan program latihan dan alat-alat perniagaan yang komprehensif bagi membantu anda membina perniagaan yang Berjaya.
 
 
Perunding Unit Amanah Public Mutual menikmati:
 
+ Waktu kerja yang fleksibel.
 
+ Nikmati sehingga lapan jenis pendapatan.
 
+ Potensi pendapatan tiada had.
 
+ Lawatan percuma dan pengiktirafan.
 
+ Subsidi Pinjaman Perumahan dan Kereta.
 
+ Peluang membina perniagaan sendiri dengan kos yang minimum. .
 
 
Manafaatkan potensi pasaran yang besar dalam industri unit amanah:
 
+ Terdapat lebih daripada RM500 bilion* dalam pasaran tunai pada akhir bulan November 2014.
 
+ Hanya 15% daripada ahli KWSP telah melabur dalam Skim Pelaburan Ahli KWSP**
 
* Berdasarkan jumlah deposit simpanan konvensional dan Islam, deposit tetap dan deposit permintaan. Sumber: Buletin Statistik Bulanan, November 2014, Bank Negara Malaysia.
 
**Sumber: Laporan Tahunan KWSP 2013.
 
 
Kenapa Menyertai Public Mutual?
 
 Peneraju Industri
 
+ Syarikat unit amanah swasta No 1* di Malaysia.
 
+ Menguasai pasaran sebanyak 48.35%** dengan jumlah saiz dana melebihi RM59.6 billion** pada 30 Jun 2015.
 
* Dari segi jumlah saiz dana yang diuruskan di antara syarikat-syarikat unit amanah swasta. Sumber: Extracted from Lipper.

** Sumber: Extracted from Lipper.
 
+ Penyedia Skim Persaraan Swasta (PRS) yang diluluskan.
 
+ Menguruskan lebih daripada 100 dana untuk lebih 3 juta pemegang akaun.

 
Jenama yang kukuh
 
+ Pemenang Anugerah Platinum Reader's Digest Trusted Brand 2014.
 
+  Menerima Anugerah Presiden The BrandLaureate 2013-2014.
 
+ Anugerah-anugerah tersebut membuktikan kepercayaan dan keyakinan pelabur terhadap Public Mutual.

 
Rangkaian Yang Luas dan Menyeluruh.
 
+ Tenaga agensi terbesar dan terbaik serta paling produktif dalam industri unit amanah.
 
+ Disokong oleh 28 cawangan dan lebih daripada 255 cawangan Public Bank di seluruh negara.

Program Insentif dan Manafaat yang Kompetitif.
 
+ Subsidi yang menarik, bonus, anugerah, pengiktirafan umum dan banyak lagi.
 
+ Lawatan ke luar negara melalui skim insentif kami.

Pembangunan Peribadi dan Profesional
 
+ Latihan pembangunan agensi yang komprehensif disediakan bagi membantu PUA membina agensi yang produktif.
 
Peralatan Sokongan yang Komprehensif
 
+ Peralatan jualan dan perancangan kewangan yang lengkap telah disediakan bagi membantu PUA memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan.
 

Monday, 18 April 2016

Kerja isi borang, pendapatan berterusan melebihi 30 tahun

Entri 26
Teks: Mohd Azhar Awang
Foto: Mohd Azhar Awang


Seperti biasa hari ini tugas saya adalah menghantar borang-borang pelanggan. Terdapat pelanggan yang mempelbagaikan simpanan KWSP ke Public Mutual, ada yang baru hendak buka akaun di Public Mutual juga dengan tujuan untuk mempelbagaikan simpanan KWSP ke Public Mutual dan hari ini terdapat pelanggan seorang doktor (skim berpencen, tiada KWSP) yang hendak membuat simpanan bulan-bulan secara tunai dengan potongan akaun bank beliau ke Public Mutual.
 
Juga tadi saya hantar borang penamaan insurans sebab dengan dana yang pelanggan-pelanggan pilih, secara otomatik mereka dapat pula insurans percuma. Kesemua mereka dengan matlamat untuk memaksimakan simpanan persaraan mereka dan menikmati semua faedah yang ditawarkan oleh Public Mutual. Apa yang mereka perlu buat adalah hanya mengisi borang sahaja dan tidak perlu keluar duit sesen pun, yang lain semuanya akan saya uruskan.

Menariknya tugas saya ini, daripada setiap pelanggan saya, saya berpeluang mendapat faedah persaraan (career benefit) setiap bulan sehingga melebihi 30 tahun sebab yang menyimpan dengan saya ramai yang masih muda-muda bermakna saya berpeluang menjaga akaun mereka sehingga mereka bersara. Menarik bukan kerja macam saya ini...kerja mengisi borang sahaja, berpendapatan lima angka dan pendapatan berterusan melebihi 30 tahun!
 

Sunday, 17 April 2016

PRS - kenapa perlu menyimpan di Public Mutual?

Entri 25
Teks : Mohd Azhar Awang

Public Mutual merupakan salah satu penyedia dana PRS termasuk dana berlandaskan syariah. Anda akan mendapat faedah-faedah berikut pula dengan mencarum dalam PRS Public Mutual:-

1) Pengurusan Dana Yang Profesional

Dana akan diuruskan secara professional oleh Public Mutual.

+ Syarikat unit amanah No 1* di Malaysia.
+ Mempunyai lebih daripada 3.1 juta pemegang akaun.
+ Mempunyai lebih daripada 30 tahun pengalaman dalam pengurusan dana.
+ Sebuah anak syarikat milik penuh Public Bank yang kukuh dan stabil.

* Dari segi jumlah saiz dana yang diuruskan antara syarikat-syarikat unit amanah swasta. Sumber: The Edge-Lipper, 16 Mac 2015.

2) Pelbagai Pilihan Dana PRS
 
Public Mutual menawarkan pelbagai pilihan dana PRS termasuk siri berlandaskan syariah agar bersesuaian dengan umur dan tolenrasi risiko anda.
 
3) Fleksibiliti
 
Anda boleh memulakan caruman anda dengan serendah RM1,000 dan tambahan caruman minimum dengan hanya RM100 bagi setiap dana.
 
4) Perlindungan Takaful Percuma**
 
+ Takaful Kemalangan Diri PERCUMA dengan perlindungan kematian dan hilang upaya kekal bagi pencarum yang layak.
+ Umur untuk mendapat perlindungan: 18 - 59  tahun (perlindungan akan tamat pada umur 60 tahun).
+ Kelayakan: Dengan minimum nilai asset bersih (NAB) sebanyak RM5,000 pada bila-bila masa.
+ Perlindungan maksimum: Sehingga RM100,000 bagi setiap pencarum.
+ Jumlah perlindungan : Setara dengan NAB unit yang dipegang dengan nisbah RM1 untuk setiap RM1 NAB.
 
** Tertakluk kepada terma dan syarat. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pada risalah tentang Takaful percuma.
 
5) Berlandaskan Kehendak Syariah
 
Penasihat Syariah yang dilantik akan memastikan operasi dan pelaburan dana-dana adalah mengikut kehendak Syariah.