Tuesday 30 August 2016

Mereka Yang Tidak Sepatutnya Mendapat Pinjaman Perniagaan - Bahagian II


Entri 46
Teks: Mohd Azhar Awang

Ok, saya sambung dengan golongan kedua yang TIDAK SEPATUTNYA mendapat pinjaman perniagaan. Golongan ini adalah mereka yang cenderung menyalahgunakan pinjaman perniagaan yang mana pinjaman perniagaan tidak digunakan sebagai modal perniagaan tetapi untuk kegunaan peribadi.
 
Pernah dengar mereka yang baru sahaja mendapat pinjaman perniagaan tetapi selepas tu 'angkat' kereta Mercedes? Bukan kebetu...lan kerana kami dari pihak bank yang bertugas untuk menilai permohonan pinjaman perniagaan mereka juga akan menilai secara agak terperinci aset dan liabiliti pengarah-pengarah syarikat...walau tidak tahu semua tetapi hampir kesemuanya dalam pengetahuan kami. Jadi boleh dikatakan kami tahu samada pengarah-pengarah syarikat tersebut mampu secara peribadi untuk membeli kereta tersebut atau tidak.
 
Juga sesetengah pengarah syarikat cenderung menyalahgunakan wang pinjaman untuk melabur di pasaran saham. Tiada salahnya jika mereka ingin melabur di pasaran saham...silakan...dengan ilmu yang betul mereka mungkin boleh memaksimakan pulangan hasil dari pelaburan tetapi jangan menggunakan wang pinjaman yang diperuntukkan untuk syarikat untuk tujuan tersebut. Ini adalah kerana mereka terdedah kepada risiko yang tinggi walaupun pulangan juga mungkin tinggi berdasarkan konsep high risk, high return. Jika pelaburan mereka hangus, secara langsung ianya akan menjejaskan perjalanan syarikat yang mana syarikat yang akan menanggung beban tersebut. Perkara-perkara ini lebih banyak berlaku kepada syarikat-syarikat kecil berbanding dengan syarikat-syarikat awam yang mana perjalanan operasi syarikat lebih terkawal.
 
Sebenarnya, setiap kali pinjaman perniagaan diluluskan, sebaik mungkin pihak bank akan mengenakan kawalan tertentu terhadap penggunaan dana pinjaman supaya tidak berlaku penyalahgunaan cuma bagi sesetengah kemudahan kredit seperti oberdraf misalnya, kawalan sedikit longgar untuk memudahkan operasi syarikat akan tetapi disinilah penyalahgunaan mungkin berlaku.
 

No comments:

Post a Comment