Saturday 3 September 2016

Jadilah the best 2%

Entri: 49
Teks: Mohd Azhar Awang

Mengikut lapuran KWSP tahun 2011....87% dari penyimpan di KWSP mempunyai kurang dari RM100K dalam akaun mereka dan 98% kurang dari RM300K dalam akaun mereka.

Kalau pun mereka yang terbaik dalam kategori 98% ni iaitu yang ada maksima RM300K...dengan inflasi katakan 4%, duit RM300K tu hanya bernilai RM150K selepas 18 tahun. Apa yang boleh dibuat dengan duit bernilai RM150K???
 
Percayalah anda akan sentiasa berdebar-debar dengan nilaian duit sebanyak tu di hari tua nanti tambahan pula mengikut statistik jangkahayat manusia adalah lebih panjang sekarang.
 
Anda nak tak bila dah tua dan tak bekerja nanti, anda dah lah tak kerja, belanja perubatan pun meningkat sebab berbagai penyakit dah mula menyerang dan lebih parah lagi simpanan anda tak cukup untuk menyara kehidupan persaraan anda?????
 
Nak harapkan anak-anak?? Dengan keperitan hidup sekarang, mereka pun mungkin bertambah perit merencana kehidupan mereka sendiri. Jika mereka dapat membantu kita, ianya adalah hanya satu bonus.
 
Apa pilihan yang kita ada? Kita perlu bersedia sendiri dan sekurang-kurangnya menjadi the best 2% mengikut statistik tersebut iaitu mereka yang mempunyai RM300K ke atas.
 
So, nak jadi the best 2%? Tak susah pun sebenarnya. Saya boleh memberikan konsultansi percuma kepada anda.

Friday 2 September 2016

Mereka yang sebaiknya mendapatkan pinjaman perniagaan

Entri : 48
Teks: Mohd Azhar Awang

Selama ini saya banyak menulis pasal mereka yang tidak sepatutnya meminjamlah, tidak perlu meminjamlah...saya rasa dah jadi macam anti klimaks untuk mereka yang sememangnya berhasrat untuk mendapatkan pinjaman perniagaan buat mengembangkan perniagaan mereka. Ok, sekarang saya masuk kepada segmen mereka yang perlu meminjam untuk kebaikkan perniagaan mereka.

Seperti yang pernah saya tekankan sebelum ini, untuk bermula sepatutnya setiap perniagaan bermula dengan modal sendiri. Akan tetapi apabila perniagaan semakin mula membesar, perniagaan-perniagaan ini memerlukan dana yang besar atas berbagai sebab seperti untuk meningkatkan lagi pegangan pasaran saham mereka (to increase the company's market share) dengan menambah lagi cawangan, kilang-kilang yang ingin membesarkan lagi kapasiti pengeluaran mereka, syarikat-syarikat yang ingin meningkatkan lagi stok dan bahan mentah mereka dan sebagainya.
Syarikat-syarikat ini kemungkinan besar tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk perkembangan perniagaan dan suntikan modal tambahan perniagaan mereka dan memerlukan pinjaman bank. Kebaikkan syarikat-syarikat yang semakin besar ialah mereka mendapat faedah skala ekonomi (economies of scale) yang mana kos operasi mereka akan menjadi semakin murah berbanding syarikat yang lebih kecil. Sebaik mungkin pihak bank akan cuba menolong syarikat-syarikat sebegini sementara itu pihak bank juga akan menilai bahawa perkembangan ini tidak terlalu cepat yang boleh menjadikannya keadaan 'over trading'. Syarikat-syarikat yang semakin teguh akan menjadikan pihak bank lebih selesa untuk terus menjalin hubungan dengan syarikat-syarikat tersebut untuk faedah bersama.